Blog Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan
Blog SKPA - Blog Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan,
Sunday, 31 May 2015
Apakah itu projek 1BestariNet?
Apakah itu projek 1BestariNet?
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila layari Tentang Kami.
Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?
Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk maklumat lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di satu tempat. Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?
1BestariNet Yes ID untuk daftar masuk tunggal anda boleh anda gunakan untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan 1BestariNet Yes ID saya?
1BestariNet Yes ID untuk golongan guru dan pelajar akan diagih-agihkan melalui pihak sekolah manakala untuk golongan ibu bapa pula, mereka boleh mendapatkan ID mereka melalui Portal 1BestariNet dan mengaktifkannya di laman tersebut.
Apakah lagi yang boleh saya lakukan dengan 1BestariNet Yes ID saya?
Dengan 1BestariNet Yes ID anda, anda boleh mengakses Frog VLE dan seluruh set sumber dan aplikasi global dari Google, Khan Academy dan banyak lagi, selain untuk terus mengikuti butiran akaun anda pada rangkaian Yes.
Pelajar, log masuk ke dalam Frog VLE, reka dashboard peribadi, buat perancangan dengan kalendar, ikuti perkembangan Papan Notis Sekolah dan berinteraksilah dengan guru-guru anda dalam talian. Anda juga boleh mengakses kerja sekolah dari mana jua, pada bila-bila masa dan hantarkannya dari ruang rumah anda yang selesa. Apa lagi yang ada, temui, terokai dan inspirasikan diri anda anda melalui The Pond dan nyatakan diri anda melalui The Voice.
Guru, letakkan notis pada Dashboard sekolah, cari semua dokumen dalam talian, mengajarlah dengan menggunakan laman interantif yang boleh anda sesuaikan dan wujudkan untuk pelajar anda, beri markah tugasan dalam VLE, dan tempahlah sumber menerusi kalendar tempahan. Jangan risau jika anda tidak mahir dengan teknologi. Laman Komuniti ada di sini untuk membantu menyokong perjalanan pengajaran anda dengan tips, peralatan, bantuan bilik darjah dan cerita-cerita yang memberi anda inspirasi. Anda juga boleh berkongsi laman dengan para pendidik lain dan mencari sumber-sumber pendidikan di FrogStore.
Ibu Bapa, ikuti perkembangan sekolah anak-anak anda, akses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah, serta muat turun semua borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, anda juga boleh memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.
Log masuk sekarang dengan 1BestariNet Yes ID untuk memulakannya.
Bagaimanakah guru-guru dan para pelajar disokong dalam pelaksanaan projek 1BestariNet ini?
Frog Community Site dalam Frog VLE adalah ruang untuk menyokong pendidik dengan menyediakan tutorial video, panduan latihan dan manual pengguna untuk membantu mereka memperolehi Kemahiran Frog yang baru. Melalui Laman Frog Komuniti, guru-guru juga boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik serta kisah-kisah kejayaan dengan berhubung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.
The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan memberi Frog Student Champions semua sumber yang mereka perlu pelajari tentang Frog dan membantu mereka memacu untuk penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar. Tidak setakat itu, ia juga adalah ruangan untuk para pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Frog Students Champions di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya mereka dan berkongsi idea dengan menyuarakannya dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond untuk mendengar pendapat pelajar.
Adakah ibu bapa boleh mengakses Frog VLE?
Ibu bapa diberi 1BestariNet Yes ID untuk tujuan mengakses Papan Notis Ibu Bapa dalam Frog VLE. Dengan Login ID mereka, ibu bapa dapat mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, ibu bapa juga boleh log masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk mengaktifkan ID, mengurus akaun Yes dan memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.
Mengapakah sekolah saya belum mendapat sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan bakal menerima sambungan menjelang akhir tahun 2013.
Bilakah Frog VLE akan berada di sekolah saya?
Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.”
Di sekolah saya terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah VLE belum tersedia lagi?
Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya berdepan dengan masalah sambungan internet atau VLE. Bagaimanakah cara mengatasinya?
Untuk bantuan teknikal dan penyelesaian masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog di sekolah anda. Jika anda adalah Pentadbir Frog, kami menyediakan Self-Care Portal (ID Pentadbir Frog diperlukan) untuk anda mendapatkan bantuan teknikal.
Sila layari pautan di bawah untuk melihat video mengenai projek 1Bestarinet ini.
Kenali Frog VLE melalui Program 1BestariNet
Apakah itu Frog?
FrogAsia, sebuah syarikat YTL, adalah syarikat pertama di dunia yang menyambungkan seluruh negara dalam satu platform pembelajaran tunggal yang berasaskan awan. Selain berkaitan teknologi, kami juga menyediakan penyelesaian yang tertumpu kepada usaha memanfaatkan internet bagi mengubah dunia pendidikan dalam kaedah yang bermakna. Persekitaran pembelajaran maya kami, Frog adalah mudah, menyeronokkan dan menarik – hal ini menjadi sebab mengapa seluruh dunia memilih Frog sebagai platform pilihan mereka.
FrogAsia memanfaatkan kepakaran dan rekod 13 tahun FrogTrade (UK) dalam mengintegrasi teknologi ke dalam sekolah, di samping bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia.
Apakah itu Frog VLE?
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di satu tempat. Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Kenapa perlu menggunakan Frog?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan para pendidik dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan tempatan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang diberi hak ke atas pendidikan mereka sendiri dan sedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
Menjimatkan masa dan tenaga: Frog melengkapkan guru-guru dengan alatan yang dapat memudahkan tugas mereka seperti untuk merancang pengajaran, memeriksa latihan dan menguruskan kalendar akademik.
Berhubung dan berkolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara untuk membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar di luar sempadan: Oleh sebab Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Lebih daripada itu, keupayaan pelajar untuk menyimpan hampir segala-galanya ke awan, bakal menjadikan beg sekolah yang berat sebagai satu sejarah.
Libatkan dan tambat perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan membinanya sebagai satu laman web yang berguna tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru untuk menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan oleh lebih 700 sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
Adakah ibu bapa boleh mengakses Frog VLE?
Ibu bapa diberi 1BestariNet Yes ID untuk tujuan mengakses Dashboard Ibu Bapa dalam Frog VLE. Dengan Login ID mereka, ibu bapa dapat mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, ibu bapa juga boleh log masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk mengaktifkan ID, mengurus akaun Yes dan memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.
Subscribe to:
Posts (Atom)