Sunday, 31 May 2015

Apakah itu projek 1BestariNet?

Apakah itu projek 1BestariNet? 1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses Internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet yang laju serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu yang bertaraf dunia. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila layari Tentang Kami. Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu? Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk maklumat lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu. Apakah itu Frog VLE? Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di satu tempat. Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE? 1BestariNet Yes ID untuk daftar masuk tunggal anda boleh anda gunakan untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan 1BestariNet Yes ID saya? 1BestariNet Yes ID untuk golongan guru dan pelajar akan diagih-agihkan melalui pihak sekolah manakala untuk golongan ibu bapa pula, mereka boleh mendapatkan ID mereka melalui Portal 1BestariNet dan mengaktifkannya di laman tersebut. Apakah lagi yang boleh saya lakukan dengan 1BestariNet Yes ID saya? Dengan 1BestariNet Yes ID anda, anda boleh mengakses Frog VLE dan seluruh set sumber dan aplikasi global dari Google, Khan Academy dan banyak lagi, selain untuk terus mengikuti butiran akaun anda pada rangkaian Yes. Pelajar, log masuk ke dalam Frog VLE, reka dashboard peribadi, buat perancangan dengan kalendar, ikuti perkembangan Papan Notis Sekolah dan berinteraksilah dengan guru-guru anda dalam talian. Anda juga boleh mengakses kerja sekolah dari mana jua, pada bila-bila masa dan hantarkannya dari ruang rumah anda yang selesa. Apa lagi yang ada, temui, terokai dan inspirasikan diri anda anda melalui The Pond dan nyatakan diri anda melalui The Voice. Guru, letakkan notis pada Dashboard sekolah, cari semua dokumen dalam talian, mengajarlah dengan menggunakan laman interantif yang boleh anda sesuaikan dan wujudkan untuk pelajar anda, beri markah tugasan dalam VLE, dan tempahlah sumber menerusi kalendar tempahan. Jangan risau jika anda tidak mahir dengan teknologi. Laman Komuniti ada di sini untuk membantu menyokong perjalanan pengajaran anda dengan tips, peralatan, bantuan bilik darjah dan cerita-cerita yang memberi anda inspirasi. Anda juga boleh berkongsi laman dengan para pendidik lain dan mencari sumber-sumber pendidikan di FrogStore. Ibu Bapa, ikuti perkembangan sekolah anak-anak anda, akses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah, serta muat turun semua borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, anda juga boleh memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore. Log masuk sekarang dengan 1BestariNet Yes ID untuk memulakannya. Bagaimanakah guru-guru dan para pelajar disokong dalam pelaksanaan projek 1BestariNet ini? Frog Community Site dalam Frog VLE adalah ruang untuk menyokong pendidik dengan menyediakan tutorial video, panduan latihan dan manual pengguna untuk membantu mereka memperolehi Kemahiran Frog yang baru. Melalui Laman Frog Komuniti, guru-guru juga boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik serta kisah-kisah kejayaan dengan berhubung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik. The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan memberi Frog Student Champions semua sumber yang mereka perlu pelajari tentang Frog dan membantu mereka memacu untuk penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar. Tidak setakat itu, ia juga adalah ruangan untuk para pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Frog Students Champions di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya mereka dan berkongsi idea dengan menyuarakannya dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond untuk mendengar pendapat pelajar. Adakah ibu bapa boleh mengakses Frog VLE? Ibu bapa diberi 1BestariNet Yes ID untuk tujuan mengakses Papan Notis Ibu Bapa dalam Frog VLE. Dengan Login ID mereka, ibu bapa dapat mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, ibu bapa juga boleh log masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk mengaktifkan ID, mengurus akaun Yes dan memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore. Mengapakah sekolah saya belum mendapat sambungan lagi? Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan bakal menerima sambungan menjelang akhir tahun 2013. Bilakah Frog VLE akan berada di sekolah saya? Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.” Di sekolah saya terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah VLE belum tersedia lagi? Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan. Saya berdepan dengan masalah sambungan internet atau VLE. Bagaimanakah cara mengatasinya? Untuk bantuan teknikal dan penyelesaian masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog di sekolah anda. Jika anda adalah Pentadbir Frog, kami menyediakan Self-Care Portal (ID Pentadbir Frog diperlukan) untuk anda mendapatkan bantuan teknikal. Sila layari pautan di bawah untuk melihat video mengenai projek 1Bestarinet ini.

3 comments:

  1. Hi, Great.. Tutorial is just awesome..It is really helpful for a newbie like me.. I am a regular follower of your blog. Really very informative post you shared here. Kindly keep blogging. If anyone wants to become a .Net developer learn from Dot Net Training in Chennai. or learn thru ASP.NET Essential Training Online . Nowadays Dot Net has tons of job opportunities on various vertical industry.



    or Javascript Training in Chennai. Nowadays JavaScript has tons of job opportunities on various vertical industry.

    ReplyDelete
  2. Apakah Anda rutin mendengarkan musik online dan harus mengunduh? Silakan kunjungi situs web Download Lagu
    dan gunakan online

    ReplyDelete