Sunday, 31 May 2015

Kenali Frog VLE melalui Program 1BestariNet

Apakah itu Frog? FrogAsia, sebuah syarikat YTL, adalah syarikat pertama di dunia yang menyambungkan seluruh negara dalam satu platform pembelajaran tunggal yang berasaskan awan. Selain berkaitan teknologi, kami juga menyediakan penyelesaian yang tertumpu kepada usaha memanfaatkan internet bagi mengubah dunia pendidikan dalam kaedah yang bermakna. Persekitaran pembelajaran maya kami, Frog adalah mudah, menyeronokkan dan menarik – hal ini menjadi sebab mengapa seluruh dunia memilih Frog sebagai platform pilihan mereka. FrogAsia memanfaatkan kepakaran dan rekod 13 tahun FrogTrade (UK) dalam mengintegrasi teknologi ke dalam sekolah, di samping bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Apakah itu Frog VLE? Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya di satu tempat. Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Kenapa perlu menggunakan Frog? Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan para pendidik dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan tempatan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya. Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran? Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang diberi hak ke atas pendidikan mereka sendiri dan sedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan. Menjimatkan masa dan tenaga: Frog melengkapkan guru-guru dengan alatan yang dapat memudahkan tugas mereka seperti untuk merancang pengajaran, memeriksa latihan dan menguruskan kalendar akademik. Berhubung dan berkolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara untuk membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea. Belajar di luar sempadan: Oleh sebab Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana jua. Lebih daripada itu, keupayaan pelajar untuk menyimpan hampir segala-galanya ke awan, bakal menjadikan beg sekolah yang berat sebagai satu sejarah. Libatkan dan tambat perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan membinanya sebagai satu laman web yang berguna tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru untuk menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan beberapa klik mudah. Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan oleh lebih 700 sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. Adakah ibu bapa boleh mengakses Frog VLE? Ibu bapa diberi 1BestariNet Yes ID untuk tujuan mengakses Dashboard Ibu Bapa dalam Frog VLE. Dengan Login ID mereka, ibu bapa dapat mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, butiran perhubungan sekolah, serta memuat turun borang dan dokumen penting. Tidak sekadar itu, ibu bapa juga boleh log masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk mengaktifkan ID, mengurus akaun Yes dan memuat turun buku-buku digital percuma atau membuat pembelian di FrogStore.

15 comments:

  1. Another technology is going to rise targeting education and learning institution. I just hope you guys focus on English language so everyone can share the technology and information

    Vimax Malaysia

    ReplyDelete
  2. Hi, Great.. Tutorial is just awesome..It is really helpful for a newbie like me.. I am a regular follower of your blog. Really very informative post you shared here. Kindly keep blogging. If anyone wants to become a Java developer learn from Java Training in Chennai. or learn thru Java Online Training in India . Nowadays Java has tons of job opportunities on various vertical industry.


    or Javascript Training in Chennai. Nowadays JavaScript has tons of job opportunities on various vertical industry.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete